Permainan emosi dan akal
Seperti yang anda dapat lihat hari ini, blog Kasyah.com telah berubah sedikit wajah. Walaupun aku masih sayang dengan theme lamaku, aku terpaksa jua berpisah kerana tidak dapat memenuhi keinginanku. Cukuplah aku katakan ku sudah temui cinta yang baru. Selamat tinggal sayang…
Hari ini perasaanku berkocak dengan penuh emosi. Sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Malam semalam merupakan detik kejayaanku berlawan dengan nafsuku dan aku berjaya juga. Setelah aku dalam dilema selama seminggu. Aku terfikir kembali tindakanku setelah aku menziarahi blog Minci Yakumin. Aku tertarik dengan entrinya yang ada menyebut tentang kata-kata Robin Williams iaitu
“God gave men both a penis and a brain, but unfortunately not enough blood supply to run both at the same time.”
Ia telah membuatkan aku muhasabah kembali diri ini. Aku bukanlah seorang yang baik tapi aku berusaha ke arah itu.
Oh…aku teringat hari ini merupakan ulang tahun pertama untuk anak buahku Talhah. Walaupun dia jauh dari sisi aku, ada ketikanya aku mahu dia dekat denganku. Mungkin bukan diri ini sahaja yang merasa begitu. Happy birthday Talhah Ubaidullah!!
Hari ini aku telah mengetahui rahsia besar adik aku. Sungguh tidak aku sangka selama ini. Sukar untuk aku jelaskan tetapi sedikit sebanyak menyebabkan aku sering tertanya-tanya. Manusia memang penuh kejutan. Penuh rahsia.