Dating mula membosankan?

www.kasyah.com

Anda bosan kerana asyik pergi berdating ke tempat
yang sama sahaja. Sebut sahaja tengok wayang, window shopping, karaoke
mahupun bowling. Seperti menjadi rutin apabila keluar pada hari minggu.
Mahukan kelainan? Sempena hari Ahad ini, kaSyah dot com mahu berikan
anda pilihan lain dan menjimatkan. D

1. Kedai-kedai buku popular yang menawarkan pembacaan secara percuma di sana

Singgah saja di MPH ataupun Kinokuniya. Ajak pasangan anda memilih
beberapa buah buku dan cari sudut yang sesuai untuk berdating bersama
buku-buku itu. Kongsikan pandangan dan kritikan anda terhadap buku-buku yang difikirkan menarik.

kinokuniyasiamparagon.jpg

Kinokuniya

2. Pantai

Ciptakan suasana romantik dengar melayan lagu-lagu mp3 dari Ipod
bersama-sama. Diiringi dengan alunan angin seksi dan ombak yang
menderu. Bawa sekali bekalan dan mesrakan diri dengan menyuap makanan
dengan pasangan anda. P Malas, beli je McD.

01.jpg

Pantai Cenang

3. Kenduri kahwin

Ajak pasangan anda singgah mana-mana kenduri kahwin. Jangan malukan
diri untuk makan ‘free’ dan mendengar persembahan nyanyian percuma dari
‘wannabe AF idol’.

4. Zoo

Imbau kembali kenangan anda berdua semasa masa kecil. Ajak pasangan anda melawat ‘sahabat-sahabat‘ lamanya di sana. Mahukan lebih privacy, berkunjung sahaja pada waktu malam. Kenali lebih dekat haiwan seperti badak air, ular dan harimau yang aktif pada waktu malam.

zoo4.gif

5. Pengangkutan awam

Beli tiket 2 hala ke mana-mana destinasi yang difikirkan bersesuaian
bersama pasangan dan bawalah laptop sekali. Habiskan masa bersama
menonton movie , drama Korea ataupun anime Naruto. Jangan pula terlalu menggangu penumpang lain kalau tidak mahu laptop anda pecah berderai. P

6. Bawah pokok depan rumah

Mahukan pemantauan dari ahli keluarga dan penjimatan yang ketara?
Inilah satu-satunya alternatif yang sesuai bagi mereka yang susah untuk
keluar berdating dan tengah sengkek. Tapi pastikan tiada jiran-jiran
yang berminat menjadi BBC. Akan menjadi berita sensasi pula.

dc02.jpg

Lebih baik lagi jika rumah anda tepi pantai P

Nota : Untuk lebih kemesraan dan bebas dari perasaan serba salah, pastikan anda ada ikatan yang sah.

Siapa mahu belanja aku dating hari ini?

Esok, khas untuk lelaki BUJANG!

Leave a Reply